Sahabat Ternak KSIG

SIG-Agro-Farm-Penternak-Ayam-Johor

Koperasi SIG Johor Berhad (KSIG) telah menganjurkan usahasama antara koperasi dan komuniti setempat di kawasan Panchor, Pagoh dan Muar. Penduduk setempat yang berminat untuk menjadikan dunia ternakan sebagai sumber pendapatan utama ataupun sampingan akan diajar dan dibantu oleh pihak KSIG. Untuk permulaan, KSIG mensasarkan sejumlah 20 orang peserta untuk mengikuti program usahasama ini.

Diatas ialah gambaran bagaimana peranan pihak KSIG dan penternak melakukan usahasama dalam konteks projek ternakan ayam kampung yang diambil sebagai contoh. Pihak KSIG akan bertindak sebagai pembekal ayam kampung dan makanan ternakan. Selepas tempoh matang, pihak KSIG akan membeli semula hasil ternakan ayam kampung yang diternak oleh peserta. Setiap peserta akan menternak sejumlah 500 ekor ayam kampung untuk 1 kitaran dan tempoh ayam matang sedia untuk dijual adalah selama 75-80 hari.

Program Sahabat Ternak KSIG ini adalah bertujuan untuk membantu penduduk setempat dan secara tidak langsung meningkatkan taraf ekonomi mereka.