Ternakan Ayam Kampung

SIG-Agro-Farm-Penternak-Ayam-Johor

Projek ternakan ayam kampung yang sedang dibangunkan koperasi ini bermula pada bulan Mei 2016 atas usaha beberapa ALK dan dibantu rapat oleh kursus latihan ternakan ayam kampung yang dikendalikan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM).

Projek ayam kampung ini pada awalnya menjadi “pilot test” untuk teknik pemasaran online yang koperasi sedang bangunkan selain menambah variasi dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh koperasi.

  • Lokasi: Panchor, Muar, Johor
  • Keluasan tanah: 3 ekar
  • Kapasiti: 10,000 ekor ayam dalam satu masa
  • Baka: Ayam kampung kacuk
  • Jenis reban: Tertutup

Galeri Projek Ternakan Ayam Kampung

Visi dan Misi KSIG Dalam Penternakan Ayam

Visi: Menjadi Koperasi penternakan ayam kampung yang berjaya dengan mengeluarkan 100,000 ekor ayam setiap bulan dalam masa 5 tahun.

Misi:

  • Ingin menembusi pasaran tempatan dan luar negara dalam tempoh 5 tahun akan datang.
  • Menghasilkan jenama sendiri produk sejuk beku.
  • Ingin menjadi sebuah organisasi yang membantu ramai penternak lain untuk berjaya dengan memperkenalkan ladang kontrak.
  • Penternakan Incubator untuk anak ayam kampung.