Ternakan Lembu Integrasi

SIG-Agro-Farm-Penternak-Ayam-Johor

Lembu betina akan diternak dan dilepaskan di padang ragut dan ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation di Tangkak yang sudah mendapat keizinan untuk meragut. Seekor lembu pembaka jantan terpilih akan dijadikan lembu pembaka dan akan dikahwinkan dengan dengan kelompok lembu betina. Induk lembu betina boleh melahirkan anak lembu setahun seekor dan maksimum yang dicadangkan adalah 10 tahun untuk mendapatkan 10 ekor anak lembu dalam 10 kitaran. Anak lembu yang berumur 8 bulan akan dipisahkan daripada ibunya. Anak lembu jantan akan diternak di ladang Feedlot. Manakala anak lembu betina akan dijadikan lembu induk.

Lokasi: Sagil, Tangkak, Johor

Keluasan Tanah: 5 Ekar

Kapasiti Muatan: 500 Ekor Lembu

Kapasiti Sekarang: 145 Ekor Lembu

Baka: Charolois, Road Master & Lain Lain

Jenis Kandang: Terbuka & lepas

Makanan: Rumput